Kemudaratan Yang Akan Dibawa oleh Hama Habuk
Hama habuk atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai “dust mites” suka membiak di dalam persekitaran rumah kita terutama sekali di katil, bantal, sofa, permaidani dan langsir kerana cuaca bilik yang sejuk dan tahap kelembapan air yang tinggi di dalam rumah. Makanan utama hama habuk ialah kulit-kulit mati yang kita tinggalkan di atas katil, sofa, permaidani tetapi buangan (alergen) mereka inilah yang memyebabkan alahan berlaku pada tubuh badan kita.
Gejala-Gejala Alahan Hama Habuk
Antara gejala-gejala alahan yang biasa berlaku ialah:
- Kegatalan pada kulit.
- Kesusahan pernafasan.
- Mata bengkak / merah dan gatal.
- Kekerapan bersin.
- Batuk tak henti-henti.
Jikalau tidak dirawat, alahan hama habuk anda mencetuskan asma dan menyebabkan:
- Kesukaran / kesesakan bernafas.
- Kesesakan dada atau kesakitan.
- Masalah tidur disebabkan oleh batuk tak henti-henti.
Syarikat Kami Menawarkan Perkhidmatan Mencuci Tilam, Sofa & Karpet Untuk Menghalang Pembiakan Hama Habuk
Jadi apa yang anda patut lakukan untuk melindungi keluarga anda dari serangan hama habuk? Jika anda mengambil tindakan tunggu dan lihat, antigen hama habuk boleh membawa pelbagai masalah kesihatan seperti kesukaran bernafas, batuk, kesesakan hidung, mata berair dan gatal-gatal pada tangan, badan dan kaki. Jika tidak dirawat dan dibiarkan berterusan, ia boleh membawa kepada komplikasi perubatan yang serius seperti rhinitis, alahan, asma, konjunktivitis, rinitis dan lain-lain lagi.
Syarikat kami menawarkan servis untuk mencuci katil, sofa dan karpet dengan harga berpatutan untuk membersihkan bilik tidur and ruang tamu anda daripada hama habuk dengan peralatan & mesin berteknologi tinggi dari USA. Perkhidmatan pembersihan tilam kami adalah 100% kering, bebas dari toksik bahan-bahan kimia dan terbukti untuk mengeluarkan dan membunuh hama habuk.